Tuesday, August 11, 2015

Sup Labu

Anak anda tidak berselera makan? Biasa la tu...Selera anak-anak ni berbeza antara satu sama lain. Ada yang kuat makan..ada yang langsung tak nak makan...Ada yang makan kalau dia rasa sedap.
So saya nak share berberapa resepi kegemaran cucu saya..
Resepi Pertama iaitu:

Bahan-bahannya:

1/2 biji Labu yang wangi (potong ikut suka, buang biji tapi kulit jangan di buang yah..cuci atau kikis saja buang yang putih2 tu..)
500gm daging ayam
2 batang sayur masin
1 biji bawang merah (dihiris)
2 in Halia (dihiris)
minyak
garam dan perasa

Cara menyediakannya:
1. Panaskan minyak.masukkan bawang merah dan halia.gaul2 kan sehingga wangi.
2. Masukkan daging ayam.garam dan perasa.gaul2 kan lagi.
3. Masukkan 3 mangkuk air dan kemudian Labu dan juga sayur masin.
    Biarkan sampai mendidih.
Ambil sup tadi kedalam mangkuk(tak perlu ada ayam sebab takut ada tulang)...masukkan nasi sekali....suapkan anak anda dengan PENUH kasih sayang....anak anda pasti suka.
Cuba lah! 

Ini la dia Sup Labu

No comments:

Post a Comment