Sunday, September 20, 2015

Peria Goreng

Bahan-bahannya:
 
Peria (pilih yang besar dan cantik)
Tepung beras
serbuk kunyit
serbuk kari
Garam dan serbuk perasa
Minyak untuk menggoreng

Cara menyediakannya:

Bersihkan peria. Belah dua.dan hiris nipis.
Campurkan garam secukupnya dan gaul hingga rata pada peria yang telah dihiris tadi.
Biarkan sebentar, bagi garam tu menyerap masuk.
 Celupkan peria pada tepung beras tu. Bagi semua permukaan peria disaluti tepung.
 Akhir sekali, tuangkan minyak dalam kuali, tunggu sampai minyak betul-betul panas, baru masukkan hirisan peria yang bersalut tepung itu satu persatu sehingga kekuningan.

Siap!
### Peria goreng ni sedap di cicah dengan sos cili...cuba lah!

Saturday, September 5, 2015

Tuhau

TUHAU
Bahan-bahannya:
3 batang tuhau (dicincang halus2)
3 biji limau kapas(ambil jusnya)
sedikit bunga kantan(dihiris halus)
lada padi(ikut suka)
garam

Cara menyediakkannya:
campurkan bahan tadi. perahkan limau kapas.gaul sebati.

SIAP!
## boleh juga dicampurkan dengan udang kering cincang kalau suka###

Friday, September 4, 2015

Nasi Goreng Ikan Bilis

NASI GORENG IKAN BILIS
Bahan2nya:
2 mangkuk nasi
ikan bilis (dicuci bersih dan asingkan tulangnya)
mix vege
bawang besar (dipotong ikut suka)
sedikit minyak
garam dan serbuk perasa

Cara menyediakannya:
Panaskan minyak,goreng ikan bilis.toskan dan asingkan.
menggunakan minyak yang sama, masukkan bawang besar dan mix vege.kemudian garam dan serbuk perasa...setelah cukup layu, masukkan nasi.kemudian gaul...gaul dan gaul....

Siap!

### instead of ikan bilis..bole juga gantikan dengan isi ikan masin###

Sup Hamchoi Ikan


Bahan2nya:
 1 keping tauhu(dibelah 4)
ham choi@ sayur masin (dihiris)
3 biji tumatu(dibelah 4)

3 inci halia(dihiris memanjang)
2 biji bawang merah (dihiris)
 Ikan (Ikan apa saja pun boleh) 
1 peket santan/ dibancuh dengan 1 gelas air
Daun ketumbar dan daun bawang/ikut suka
sedikit minyak
garam dan serbuk perasa

Cara menyediakannya:
1.     Ikan di dipotong2 lumurkan dengan sedikit garam dan serbuk perasa.kemudian goreng hingga kekuningan.asingkan.
2.     Kurangkan minyak.tumis bawang dan halia.
3.     Masukkan ikan yg sudah di goreng tadi. biarkan sebentar.dan masukkan 2 gelas air.
4.     Bila sudah mendidih masukkan tomato, ham choi dan tauhu.Di ikuti dengan santan, garam dan    serbuk perasa.Biarkan mendidih.
5.     Hidangkan dengan hirisan daun ketumbar dan daun bawang.
### kalau tambah meehun...jadi lah dia MEE HUN SUP HAM CHOI IKAN.
### kalau guna kepala ikan. jadilah dia MEE HUN SUP KEPALA IKAN.
Jom try....sangat sedap!

 

Sunday, August 30, 2015

Nantung @ Sagu

 Nantung @ SAGU
Dalam Bahasa Kadazan ia di panggil: Nantung/Bohigut
dalam bahasa Brunei pula: Ambuyat
Nantung/sagu  adalah salah satu daripada makanan tradisional suku Kaum Kadazan di Sabah. Suku kaum lain juga pandai makan nantung ni tapi dengan cara yang berbeza. Sagu yang diproses menjadi seperti jelly dan dimakan bersama sup ikan.atau bole juga dipanggil sago fish soup yang dicampur dengan asam jaruk bambangan, belacan dan lada padi.

Sedapnya hingga menjilat jari....

Bunga Kantan


Dalam masakan  kita panggil: BUNGA KANTAN

Nama Saintifik: Phaeomoria Speciosa
Nama Inggeris: Ginger Bud
Yang ini saya tanam sendiri di belakang rumah... bila mau masak boleh ambil je tidak payah beli di pasar.

Kalau mau tau apa itu Bunga Kantan kita tingo d link ni...

http://www.trymasak.my/lihat-glossari.php?GID=TM-b1bdb619cf65e0fdb2e97997ce0ce8b0 
 



Monday, August 17, 2015

Belacan buatan Kg Laut Papar di Jamin Halal dan bersih

BELACAN
(memang sedap.tiada rasa pahit.dijamin kebersihannya dan halal)
 UNTUK DI JUAL
RM10.00 / 200gm.
RM15.00 / 300gm.
(belum termasuk harga pos)
kepada yang berminat sila whatsapp saya di 0178147116


Masih dalam proses pembikinan

Tuesday, August 11, 2015

Sup Labu

Anak anda tidak berselera makan? Biasa la tu...Selera anak-anak ni berbeza antara satu sama lain. Ada yang kuat makan..ada yang langsung tak nak makan...Ada yang makan kalau dia rasa sedap.
So saya nak share berberapa resepi kegemaran cucu saya..
Resepi Pertama iaitu:

Bahan-bahannya:

1/2 biji Labu yang wangi (potong ikut suka, buang biji tapi kulit jangan di buang yah..cuci atau kikis saja buang yang putih2 tu..)
500gm daging ayam
2 batang sayur masin
1 biji bawang merah (dihiris)
2 in Halia (dihiris)
minyak
garam dan perasa

Cara menyediakannya:
1. Panaskan minyak.masukkan bawang merah dan halia.gaul2 kan sehingga wangi.
2. Masukkan daging ayam.garam dan perasa.gaul2 kan lagi.
3. Masukkan 3 mangkuk air dan kemudian Labu dan juga sayur masin.
    Biarkan sampai mendidih.
Ambil sup tadi kedalam mangkuk(tak perlu ada ayam sebab takut ada tulang)...masukkan nasi sekali....suapkan anak anda dengan PENUH kasih sayang....anak anda pasti suka.
Cuba lah! 

Ini la dia Sup Labu

Acar Timun

Bahan-bahannya:
1 biji Timun (dipotong2)
1 biji Lobak merah (dipotong2)
2 biji tomato (dipotong) 
nenas (dipotong ikut suka)
1 biji bawang besar (dihiris2)
2-3 biji Cili (dipotong2)
garam
gula
cuka

Cara menyediakannya:
Campurkan semua bahan2 tadi...tuang dengan cuka atau boleh juga dengan perahan air limau....dan gaul hingga sebati.
Siap!

Selamat mencuba